Saturday 14 May 2011

~9/10 Sumber Rezeki dari Perniagaan~

Menurut pandangan Islam 9 per 10 dari sumber rezeki adalah dari perniagaan. Perniagaan bukan saja menjadi sumber rezeki pengusahanya malah ia menjadi sumber rezeki orang lain yang bekerja dengannya. Itulah sebabnya Islam menganggap bahawa; 

Peniaga yang benar lagi amanah bersama-sama para nabi, orang-orang yang benar (siddiqqin) serta para syuhada (Hadis riwayat Tirmidzi)


Sembilan persepuluh sumber rezeki boleh diperolehi melalui perniagaan". (Riwayat Termizi)

" Ahli perniagaan yang menghayati sifat siddiq tidak terhalang daripada pintu-pintu syurga". (Hadis Riwayat Al-Hakim) 

Orang islam yang komited seharusnya mempelopori perniagaan. Bukan itu saja, mereka harus menjadi mentor kepada bakal-bakal peniaga yang lain. Bagi mereka yang sudah berjaya dibidang perniagaan ada baiknya melibatkan diri dalam program-program gerak usahawan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

Tiada yang lebih mendatangkan kepuasan kepada seseorang apabila melihat anak didiknya berjaya dibidang yang ia berikan tunjuk ajar. Kepuasan ini tidak dapat diganti dengan wang ringgit atau pangkat. Kepuasan inilah sesuatu yang sentiasa dicari-cari oleh setiap individu.

No comments:

Post a Comment